Selasa, 07 Februari 2012

Al-Quran: What word Westerners / not Islam?

     Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w., kemukjizatanya kekal sepanjang zaman. Samakin Al-Quran di kaji semakin jelas kemukjizatannya, sehingga diakui oleh orang bukan Islam dan ia tidak akan habis dikaji sampai bila-bila. Ini menunjukkan kesyumulan dan kehebatan Al-Quran itu sendiri. Secara umumnya ulama membahagian kemukjizatan Al-Quran kepada lima bahagian, iaitu :
1.      Keindahan dan ketelitian bahasa.
2.      Isyarat Ilmiah.
3.      Pemberitaan benda-benda yang gaib.
4.      Kemukjizatan Al-Quran dari dimensi petunjuknya bagi kehidupan manusia
5.      Kemampuan Al-Quran untuk memberikan pemahaman baru yang selalu berkembang sesuai dengan perkembangan kehidupan dan pengetahuan

Buku berkaitan kajian  Al-Quran sahaja telah ditulis bukan berpuluh-puluh buah tetapi telah mencecah beribu-ribu buah sehingga tidak dapat dihitung. Akan tetapi pengkajiannya sampai sekarang masih tidak terhenti. Betapa luasnya isi kandungan yang ada di dalam Al-Quran itu sendiri sehingga tidak ada siapa yang dapat menandinginya.
Saya sendiri membuat skripsi dan kajian tentang keindahan dan ketelitian kata-kata Al-Quran sehingga saya begitu kagum denganya. Di sini sambil mengkaji apa yang diperlukan, sempat untuk saya kumpul, Apa Kata Orang bukan Islam atau orang barat tentang Al-Quran, terlalu banyak yang memberi pendapat dan pandangan dan tidak kurang ramai yang masuk Islam selepas mengkaji Al-Quran. Dalam nukilan ini hanya dipilih beberapa sahaja: antaranya:
Edward Gibbon ahli sejarah Ingeris (1737-1794)
            Mengatakan : “Al-Quran adalah sebuat kitab kemajuan, kitab kenegaraan, perdagangan, peradilan, dan undang-undang kemiliteran dalam Islam. Al-Quran memiliki isi yang lengkap, mulai dari urusan ibadah, ketauhidan, sampai pada perkara hidup sehari-hari, dari aspek yang berkaitan ruhani sampai bersifat jamani….Dalam Al-Quran dijelaskan segala hal yang terkait dengan pembalasan amal. Kerana itu, perbezaan antara Al-Quran dan Bible. Bible tidak akan dapat mendekati Al-Quran. Sebab Al-Quran itu tidak hanya menerangkan aspek-aspek yang berhubungan dengan masalah agama sahaja, tetapi juga mengupas aspek-aspek yang berkaitan dengan asas-asas politik kenegaraan. Bagi umat Islam, Al-Quran menjadi sumber peraturan Negara, sumber undang-undang dasar, dan sumber rujukan untuk memutuskan suatu perkara yang berhubungan dengan masalah harta maupun jiwa”
Gustave Le Bon, Sejarawan besar:
            “Sungguh, kitab Al-Quran ini sangat mulia dan agung kerana dalam usia 14 abad yang dilaluinya tidak mengalami perubahan meskipun hanya sedikit dalam gayanya yang sentiasa indah. Ia selalu tampak segar seperti pada waktu diturunkan, seakan-akan ia baru diturunkan kelmarin”
GM Rodwell:
            “Di dalam Al-Quran, ilmu yang berhubungan dengan ketuhanan dikupas sangat mendalam. Keterangan sangat ringkas, jelas, serta penuh makna dan hikmah sehingga dapat menunjukkan ke jalan yang benar.”
George Bernard Shaw, serorang pengarang kenamaan Inggeris:
            “Agama Islam boleh digunakan untuk mengobati penyakit-penyakit kemanusiaan. Orang-orang yang berfikir maju sekarang sudah mulai menyedari akan hakikatnya. Berat persangkaanku untuk mengatakan bahwa dua abad lagi, semua orang akan beragama Islam.”
Johann Wolgang Goethe  (1749 – 1832) Filsuf kenamaan Jerman.
            “Bagaimana cara membaca Al-Quran, tidak henti-hentinya saya bertemu dengan ajaran-ajaran yang membuat pengetahuan saya menjadi semakin dalam. Susunan kalimatnya sangat bagus dan indah, isi dan tujuannya boleh dijadikan pedoman untuk meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup”.
I.O.M Deutsh (1829 – 1873) Orientalis berbangsa Jerman:
            “Saya melihat keajaibab dalam Al-Quran, sebuah kitab yang telah mendorong bangsa Arab untuk membuka dunia, lebih besar apa yang telah dilakukan oleh Alexander the Great juga lebih besar dari pencapaian bangsa Romawi. Al-Quranlah yang membuat bangsa Arab menjadi penguasa dunia”.
Prof. Margoliouth:
            “Al-Quran itu menempati kedudukan yang sangat penting dalam barisan agama-agama dunia. Walaupun umurnya masih muda, ia menghasilkan apa yang dihasilkan oleh kitab suci agama lain.
M. de Montaigne (1533 – 1592) filsuf berbangsa Prancis:
            “Kalau kita memandang Islam dengan kacamata ilmu pengetahuan yang adil (pandangan umum), walaupun hanya sebahagian kecil, kita akan mengetahui bahawa Islam adalah agama yang memberi contoh tentang kemajuan, kemerdekaan, keadilan dalam hidup bermasyarakat dengan sistem politik yang teratur. Islam adalah pokok kemajuan yang sangat luar biasa, yang telah menancapkan pengaruhnya di atas mercu Barat dan Timur. Setelah jatuh terpuruk, kini dunia Islam berusaha untuk bangkit kembali, hendak mengambil panji kemuliaan yang telah hilang. Hal itu sudah menjadi tabiat kerana kitab sucinya Al-Quran”
Pator Loizon:
            “Muhammad mewariskan kepada dunia sebuah kitab yang sangat fasih dan mengandung prinsip-prinsip hidup yang luhur. Ia adalah kitab yang sangat kudus. Tidak terdapat di antara berbagai masalah ilmiah yang ditemukan baru-baru ini atau berbagai penemuah moden, satu masalah pun yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam. Ternyata keserasian antara ajaran Al-Quran dan hukum alam intim sekali”

Arthur N. Wolaston berkata :
“Dimana-mana telah disepakati bahwa al Qur’an itu ditulis dengan rangkaian kalimat yang terbagus dan bersih.”

Washington Irvink, seorang Profesor bangsa Amerika pernah berkata:
“Al Qur’an itu di dalamnya mengandung peraturan-peraturan yang bersih dan bagus.”

Mr. Ridolf seorang jurnalis kebangsaan Inggris yang terkenal menyatakan :
“ Di dalam al Qur’an banyak sekali segala sesuatu yang menyorongkan ke lingkaran hidup baru. Al Qur’an itu menerangkan apa yang benar dengan seterang-terangnya. Al Qur’an itulah yang mengikat dunia islam dengan amat kuat. Dunia islam sekarang ini sedang bernasib perpecahan dan percerian, dan al Qur’anlah yang akan mengikat kembali dengan eratnya.”

Prof. Vaswani berkata:
Dengan wahyu TUHAN yang pemurah dan pengasih al Qur’an, agama Islam menjadi sumber kepandaian dan kemajuan bangsa-bangsa Afrika, Tiongkok, Asia tengah, Eropa, Persia dan India. Ketika Eropa masih berada dalam kegelapan, para Ulama’ Islam di Spanyol membawa suluh pengetahuan. Mereka mengajarkan ilmu kedokteren, ilmu alam, ilmu kepujanggaan dan ilmu pertukangan.


Apa pula kata orientalis untuk menjatuhkan Islam:
Jal Daston selaku perdana menteri Inggris mengemukakan : "Selagi Al Qur`an masih di tangan umat Islam, Eropa tidak akan dapat mengusai negara-negara Timur." (Lihat buku "Rencana Penghapusan Islam dan Pembantaian Kaum Muslimin di Abad Modern" oleh Nabil Bin Abdurrahman Al Mahisy / 13)

Apa yang mereka berjaya untuk menghilangkan Al-Quran di tangan Umat Islam:
1.      Ramai umat Islam hanya pandai membaca tanpa mengetahui isi yang tersirap di dalamnya sehingga ada Al-Quran di tangan umat Islam tanpa memberi kekuatan.
2.      Ramai pemimpin Islam mula meletakkan Al-Quran dan hadis sebagai rujukan yang terkebelakang dalam pentadbiran Negara.
3.      Sejarah kebangkitan umat Islam dulu dirubah supaya tidak ada unsur Al-Quran yang boleh mempengaruhi kebangkitan dan kejatuhan Islam dengan memutarkan sejarah mengatakan kebangkitan Islam berpunca dari sebab lain kecuali Al-Quran.
4.      Pengajaran-pengajaran yang di ajar di dalam Al-Quran sudah ditinggalkan dan mengatakan sudah ketinggalan zaman sehingga tidak sesuai untuk zaman moden.
5.      Berjaya menjelaskan bahawa Al-Quran khusus untuk ibadat di masjid, untuk orang meninggal, untuk dipertandingkan sahaja dan tidak ada panduan dari segi, politik, pentadbiran, undang-undang dan lain-lain.

Selepas kejayaan itu, Negara dan khalifah Islam jatuh satu demi satu selepas mula menyampingkan Al-Quran dalam pentadbiran.

Sekarang apa kata orang Islam.
Betul ke dalam Al-Quran lengkap untuk membangunkan Negara pada zaman Moden?
Adakah kita akan ketinggalan dari Negara maju apabila berpegan dengan Al-Quran?
Al-Quran nampak seperti teks biasa je, tak de power?

Jadi di mana kita?
Setakat mana kita kenal kitab Al-Quran berbanding buku ciptaan barat?
Adakah kita pernah kagum dengan Al-Quran seperti kagumnya orang barat?
Kenapa musuh Islam takut apabila umat Islam berpegan pada Al-Quran?
Ada apa dalam Al-Quran?


Tidak ada komentar:

Posting Komentar